Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 30 [December, 2022]
KESENIAN ALAT MUZIK LAMBANG TRADISI KAUM MELAYU BRUNEI PANTAI BARAT SABAH
Volume: 7 Issues: 30 [December, 2022]
Nurfarain Abdul Rahman, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, Sharifah Darmia Sharif Adam
Artikel ini membincangkan tentang kesenian alat muzik lambang tradisi kaum Melayu Brunei di pantai barat, Sabah. Menyentuh aspek kesenian, ia merupakan sebahagian daripada budaya yang kaya dengan homogen serta keindahannya. Suku kaum ini mempunyai kesenian yang tersendiri mengikut budaya dan agama masing-masing. Bagi kaum yang beragama Islam, mereka menggunakan seni alat muzik untuk tujuan yang tidak bercanggah dengan agama sekali gus melambangkan tradisi kehidupan sesuatu kaum terutamanya kaum Melayu Brunei di pantai barat Sabah. Kulintangan dan gambus telah dianggap sebagai satu tradisi alat muzik bagi kaum tersebut. Alat muzik ini telah lama dikenali oleh kaum lain, malah ia sering dimainkan semasa majlis perkahwinan, festival dan sebagainya. Alat muzik kaum Melayu Brunei mempunyai persamaan dan perbezaan dari kaum lain di Sabah. Walau bagaimanapun, skop kajian tertumpu di pantai barat Sabah kerana kawasan ini masih mengekalkan alat muzik sebagai kesenian tradisi kaum Melayu Brunei. Dalam kajian ini, pendekatan kaedah kualitatif diaplikasikan sebagai metodologi bagi memperolehi hasil dapatan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persepsi kaum Melayu dalam penerimaan seni alat muzik sebagai tradisi dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kaum Melayu Brunei serta usaha-usaha kaum Melayu Brunei dan pihak berkepentingan untuk melestarikan tradisi kulintangan dan gambus sebagai seni alat muzik.