Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 30 [December, 2022]
KEPENTINGAN BUDAYA DAN ADAT DALAM PENGHASILAN KRAF TANGAN DI SABAH
Volume: 7 Issues: 30 [December, 2022]
Sharifah Darmia Sharif Adam, Saifulazry Mokhtar, Syamsul Azizul Marinsah , Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan budaya dan adat dalam penghasilan kraf tangan di Sabah. Kerencaman penduduk di negeri Sabah yang terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang menggunakan hampir 50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek, mempunyai agama serta amalan adat tradisi yang berbeza menjadikannya sebuah negeri yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Selain itu, pluraliti etnik di Sabah juga turut menjadikan negeri tersebut kaya dengan pelbagai khazanah seni warisan tradisi budaya. Kepentingan budaya dan adat pelbagai etnik di Sabah ini dapat dilihat melalui penghasilan pelbagai kraf tangan dengan ciri-ciri seni yang melambangkan identiti etnik berkenaan. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan terhadap sejauhmanakah kepentingan budaya dan adat dalam penghasilan kraf tangan etnik di Sabah. Penulisan artikel ini merupakan salah satu usaha untuk menghargai penghasilan pelbagai kraf tangan yang mempunyai kaitan rapat dengan budaya dan adat yang telah diwarisi oleh masyarakat pelbagai etnik di Sabah. Kemajuan teknologi yang semakin pesat pada masa kini telah memberi kesan terhadap seni warisan kraf tangan di Sabah. Oleh itu, penulisan artikel ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap pemuliharaan seni warisan kraf tangan supaya terus berkekalan dan dapat diwarisi oleh generasi muda di Sabah pada masa depan.