Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 6 Issues: 25 [October, 2021] (Special Issue)
PELAKSANAAN PROJEK BANDAR RENDAH KARBON DI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Volume: 6 Issues: 25 [October, 2021]
Nor Kalsum Mohd Isa, Noor Fazamimah Mohd Ariffin, Mohd Yazid Mohd Yunos, Abdul Hamid Akub, Mohd Hairy Ibrahim, Siti Aisyah Mohamad Zin
Semasa Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP15) pada tahun 2009, Malaysia telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon negara sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding 2005. Manakala, dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, ikrar tersebut telah diperbaharui kepada pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Justeru, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melancarkan sebuah rangka kerja bandar rendah karbon yang dikenali sebagai 'Low Carbon Cities Framework and Assessment System' (LCCF) bagi merealisasikan ikrar tersebut. Berikutan pelancaran tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan supaya LCCF diguna pakai dalam perancangan dasar bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor untuk menyumbang kepada pengurangan intensiti pelepasan karbon. Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar di bawah pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang melaksanakan projek LCCF untuk mencapai sasaran penurunan karbon sebanyak 45%, seterusnya muncul sebagai sebuah bandar rendah karbon yang mampan dan selesa didiami menjelang tahun 2035. Artikel ini membincangkan pengalaman pelaksanaan projek LCCF di bandar tersebut serta pencapaian penurunan karbon hasil daripada pelaksanaannya.